Sunday, February 28, 2010

Terbaca buku yang syok!!

ASSALAMUALAIKUM....SALAM 1 MALAYSIA DAN SELAMAT BERBAHAGIA

Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Saya telah membaca buku ini sejak saya berusia 21 tahun.Buku ini benar-benar telah mengubah pemikiran dan tingkahlaku saya.Anda akan mendapat sesuatu yang tidak anda perolehi di sekolah mahupun di universiti dengan membaca buku ini...Buku ini telah ditulis oleh Robert Kiyosaki.

Robert Kiyosaki mengajar orang untuk menjadi jutawan... Itu sebabnya mereka menyebutnya guru sekolah para jutawan. ''Alasan utama orang bersusah payah secara finansial adalah karena mereka menghabiskan waktu bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa pun tentang wang. Hasilnya adalah bahwa orang belajar mencari wang.. tetapi tidak pernah belajar agar wang bekerja untuk mereka.'' Robert Kiyosaki Penulis Rich Dad, Poor Dad.

Buku ini menentang sistem pendidikan sekolah yang hanya mengajar murid belajar untuk mendapatkan pekerjaan apabila besar kelak tetapi tidak mengajar murid supaya wang bekerja untuk mereka.
SAYA SANGATTTT SUKAKAN BUKU INI...

Monday, February 22, 2010

PROGRAM MOTIVASI DI SEKOLAH TEKNIK TAIPING

Gambar kenangan bersama pelajar tingkatan 5 sekolah menengah teknik taiping pada 19-21 hb February 2010..

Thursday, February 18, 2010

RAHSIA WAJAH ANDA

BUJUR SIRIH….

Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong..
Keperibadiannya:-
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego…
BULAT….
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam..
Keperibadiannya:-
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati…

BERSEGI…

Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi…
Keperibadiannya:-
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A…

SEGI TIGA…

Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain…
Keperibadiannya:-
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri…
Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik. Bercakap soal dahi ini, tahukah anda bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada dirinya! Bahayakan..

Jadi kepada sesiapa yang dahinya agak luas tu, ‘cover’lah sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menelek tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi anda tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.

Mengejar matlamat bagaikan mendayung sampan

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak… menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi… lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain…

Sampai satu tahap, kita give up… and kata… alamak, susahnya nak capai pulau yang tu… takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain…. dan lain… dan lain…

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat “ombak” yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain… sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Tuesday, February 16, 2010

MINDA IBARAT LAMPU ALADDIN

Ramai di antara kita tidak menyedari kuasa minda yang kita miliki selama ini, justeru kita memandang rendah akan kebolehan dan potensi sebenar minda kita.Minda ibarat Lampu Alladdin. Wah! Betulkah itu? Bagaimana boleh jadi macam tu? Ajaibnya. Sesungguhnya minda kita memang ajaib. Bila kita tahu dan kenal kemampuan minda, barulah kita sedar betapa hebatnya minda kurniaan Allah itu kepada kita. Dalam perjalanan mencapai impian dan menuju puncak kejayaan, minda adalah asbab utamanya. Tanpa gambaran minda yang betul agak mustahil untuk seseorang individu itu mencapai matlamat hidupnya.

Setiap hari kita didatangi oleh pelbagai perasaan, kita diuji dengan bermacam-macam kerenah, kita disogokkan dengan puluhan emosi. Tiada satu pun yang mampu membuat kita bertenang, bergembira atau merasa relax. Kebanyakkannya hanyalah mengundang permasalahan. Keadaan serabut yang sebegini tidak akan mampu menjanjikan kejayaan buat individu. Emosi merupakan satu-satunya bahasa minda yang digunapakai oleh universe bagi merealisasikan impian dan kehendak manusia.

Minda menyampaikan hasrat seseorang individu kepada universe melalui emosi. Jika seseorang individu itu sentiasa berasa murung maka isyarat yang disampaikan oleh minda kepada universe adalah kegagalan, kehancuran, putus asa, dan tiada semangat. Manusia itu akan terus menjalani kehidupan dalam keadaan yang musnah. Walaubagaimana hebat dia berusaha untuk memperbaiki nasibnya atau meningkatkan taraf kehidupannya namun apa yang manusia itu dapat sebagai hasilnya adalah kekecewaan.

Keadaan ini akan menyebabkan dia bertambah kecewa, bertambah murung dan manusia tersebut akan mengakhiri kehidupannya dengan situasi yang sedemikian. Keadaan malang ini bukan hanya akan dinikmati oleh dia seorang tetapi ia akan diwarisi oleh seluruh generasinya sehinggalah ada di dalam generasinya itu memiliki kesedaran tentang minda. Generasinya yang baru ini mempunyai ilmu tentang bagaimana untuk menukar isyarat gelombang minda yang telah dihantar bertahun-tahun lamanya oleh datuknya.

Generasi X ini menukar gelombang mindanya dengan menukar emosi yang sedia ada. Dia berusaha mengubah emosinya, belajar merasai kebahagiaan, belajar merasai kaya, belajar merasai ceria, belajar merasai puas. Usaha tanpa jemu generasi X ini diterima oleh universe sebagai isyarat baru. Isyarat ini kemudiannya diproses oleh universe dan di realisasikan kedalam kehidupan generasi X. Tanpa disedari generasi X yang berasal daripada keluarga miskin yang sentiasa kemurungan kini bertukar kehidupannya menjadi kaya, bahagia, ceria.

Maka kesimpulan yang mampu dibuat adalah, untuk memperolehi apa yang kita hendak atau mendapatkan apa yang diingini individu itu mestilah menghantar isyarat yang betul kepada universe. Isyarat yang dihantar mestilah dalam bentuk emosi. Syarat utama individu tersebut mestilah yakin dengan permintaannya. Ia harus berterusan dan individu itu mesti merasakan seolah-olah kejadian tersebut benar-benar berlaku. Ia mesti dihayati, mesti dirasai, mesti realisasikan dalam minda individu tersebut. Apabila keadaan ini dilakukan maka tenaga yang dihasilkan oleh isyarat minda kepada universe menjadi terang dan nyata. Akibat daripada isyarat yang terang dan nyata ini maka universe akan memahaminya tanpa sebarang kemusykilan. Hasilnya adalah impian yang dicita-citakan

Ajaibkan minda kita. Kehebatannya mampu merealisasikan apa sahaja asalkan isyarat yang dihantar terang dan nyata. Jika isyarat tersebut mengelirukan ini mengakibatkan hasil yang diharapkan menjadi lambat atau langsung tidak menjadi. Keadaan ini boleh di uji dan lihatlah keajaiban yang bakal anda rasakan. Sebaiknya mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu untuk membina keyakinan. Sikap semulajadi manusia sememangnya akan yakin dengan sesuatu yang kecil dahulu. Sekiranya ia berhasil maka kita tambah dengan perkara yang lebih besar dan seterusnya kepada impian yang selama ini terpendam.

Monday, February 15, 2010

THINK YOU'VE GOT BAD?? FALLEN DOWN??

THIS MOVIE CAN CHANGE YOUR LIFE!! PLZ WATCH

video